Wednesday, March 30, 2011

kebebasan bersuara


kebebasan bersuara di mesir


akak pernah dengar dalam satu ceramah

ustaz beritahu


dalam negara yang pemerintahannya Islam, (bukan pemerintah beragama islam)

jika ada demonstrasi atau mogok, pemerintah perlu memanggil wakil dari mereka untuk mendengar apakah masalah yang mereka hadapi sehingga mencetuskan demo.


mana ada negara yang lebih demokrasi dari negara Islam.


tapi situasi yang berlaku di mesir, akak tidak berapa setuju.


tak suka,demo. nak orang jatuh, demo.


demonstrasi atau tunjuk perasaan sepatutnya adalah method terakhir yang di gunakan SETELAH SEMUA cara lain tidak mendatangkan hasil.


kalau yang sekarang. habislah.

korang tak suka akak, korang pon mogok.huk

Tuesday, March 29, 2011

hari ini

Dengan namaMu Allah, aku bermula hari ini, akak baca quran. jumpa satu ayat. bila baca, rasa macam baru pertama kali baca quran. al mu'minun: 29 dan berdoalah, " ya tuhanku, tempatkanlah aku di tempat yang di berkahi, dan engkau adalah sebaik baik permberi tempat." sofwan doa ini doa seorang nabi. namanya nuh. dia nabi, juga rasul ulul 'azmi. doa ini doa baginda. bagi aku, ia untuk kamu juga.

Saturday, March 26, 2011

bertaqwalah~!

Dengan namaMu Allah, aku bermula

untuk permulaannya, akak mohon maaf pada adik adik kerana akak nak gunakan rumah ini untuk tujuan peribadi. kerana rumah akak yang satu itu di tutup selepas akak merasakan rumah itu terlalu terbuka.

adik akak di german punya masalah sehingga mungkin dia perlu kembali ke malaysia menyambung pelajaran.

tidak tahu mana mahu di tuju, tidak tahu pada siapa mahu di harap
akhirnya Allah, tuhan itu juga yang kita cari.
kan?
untuk adik aku, sofwan
aku tidak tahu apa yang mahu di katakan. serius. aku hilang kata kata
hanya dengan titisan air mata ini, aku katakan padamu

jadilah orang yang bertakwa.
jadilah orang yang bertakwa.takwa. takwa.


"dan sesiapa yang berTAQWA kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan di jadikan baginya JALAN KELUAR ( dari segala perkara yang menyusahkannya). serta memberinya REZEKI dari jalan yang tidak terlintas hatinya. dan ingatlah, sesiapa BERSERAH DIRI BULAT BULAT kepada Allah, maka Allah CUKUPkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. dan Allah TELAHPUN MENETAPKAN KADAR dan MASA bagi tiap tiap sesuatu."


at talaq: 2,3

tiada lain
untuk janji janji Dia ini, syarat Dia hanya satu

BERTAQWALAH~!

Monday, March 14, 2011

Sahabat


Make new friends
But keep the old
One is sliver and the other gold


Pesan Alqamah dalam mencari seorang sahabat :

1 )Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu.

2 )Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3 )Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu.

4 )Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik.

5 )Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu , ia akan menghargai dan menyebutnya.

6 )Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu , dia akan menutupnya.

7 )Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya , ia akan mengusahakan.

8 )Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu.

9 )Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan merengankan kesusahanmu.

10 )Jika engkau berkata padanya , nescaya ia akan membenarkanmu.

11 )Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantumu.

12 )Jika antaramu berselisih faham , dia rela mengalah demi kepentingan sebuah persahabatan.

Thursday, March 10, 2011

ghuraba' dan ganjil

Dengan namaMu Allah, aku bermula

sabda rasulullah sallahualaihiwassallam

"islam itu bermula dalam keadaan ganjil, dan ia akan kembali ganjil sebagaimana ia bermula. maka beruntunglah mereka yang ganjil."

baginda di tanya,

"siapakah mereka yang ganjil itu ya rasulullah?"

jawab baginda,

"mereka itu adalah orang yang melakukan ISLAH ketika FASADnya manusia"

solat

Dengan namaMu Allah, aku bermula


1: umur suda 23. baru nak belajar RASA solat? Allah...

2: kata nabi, "hal pertama yang dihilangkan dari umat ini adalah khusyuk, sehingga dalam masjid tidak di jumpai orang yang khusyuk solatnya"

3: kata nabi lagi, " kebahagiaan hatiku tercipta di dalam solat". Allah, patutlah aku ini tidak bahagia...

[meRASAkan kehilangan nikmat solat yang telah bertahun tahun berlalu tanpa rasa apapun]
-quote

Wednesday, March 9, 2011

mati dia begitu, mati kita bagaimana?

Dengan namaMu Allah, aku bermula

1. adik akak cerita tentang sahabat lamanya di UTP dulu yang meninggal dunia dalam kemalangan. katanya, baeek budak itu. boleh baca berita di sini

2. sekarang, memang trend allah ambil orang baik dulu kan? tinggal kat dunia ni orang orang macam kita.

3. kata allah, "aku buat mati dan hidup ni, untuk tengok mana satu antara kamu yang baik amalannya."

miracle

Dengan namaMu Allah, aku bermula

1. just because we can't explain miracles doesn't mean that they don't occur

2. miracles occur all the time but we normally just call it luck

3. the truth is, everything we observe is miraculous, from the latest technological advances to the extravagant bounty of apples that grow from a single seed. when your finger is cut and the body begins healing itself, it is miracle

4. yet, as soon as these miracles become common to our experience, we stop seeing them as miracles.

5. and we take it for granted right?

from HOW TO LIVE FOR CHANGE, and CHANGE FOR LIFE- john gray

quote from code blue 2: there are no miracles in the world of lifesaving. i know that. and there is no doctor who doesn't hope for miracles. i know that too.