Tuesday, April 26, 2011

menyukakan hati

akak ada jumpa satu blog sangat menarik. adik adik pun boleh ambil sesuatu dari sini~!


Saya menerima rawatan dengan seorang doktor.



Ketika memeriksa saya, beliau mendapat panggilan yang kelihatan perlu disegerakan untuk menjawabnya. Ia panggilan yang salah. Saya terdengar beliau berkata:


“Tuhan tidak menjadikan panggilan ini tanpa sebab. Saya gembira dapat bercakap dengan tuan. Saya doakan tuan selamat”.


“Bagus PR Doktor,” komen spontan.


Beliau tersenyum dan memberi jawapan, “jika kita dapat menyukakan hati orang, seorang sehari pun sudah memadai untuk melatih diri kita sendiri menjadi manusia yang lebih baik.


Sekali-sekala, cuba lakukan ini, bila sampai di tol yang tidak mahal harganya, misalnya RM1, bayarkan kepada kereta yang di belakang kita. Lihat betapa seronoknya mereka.


Saya suka lakukan begitu di hadapan anak-anak bagi menunjukkan bagaimana mudahnya untuk menggembirakan hati orang lain. Ia suka-suka sahaja”.


Dengan sedikit senyuman, kita boleh menyukakan hati orang. Tidaklah terlalu sukar.


Petang semalam saya berada di PWTC. Singgah sekejap untuk melihat lokasi dan suasana bilik Johor, tempat pelancaran buku 50 tips Motivasi Haji dan Travelog Impian Abadi. Lalu saya ternampak kedai Pink Ain Maisara.


“Ain di mana booth PTS?”


“Biar Ain bawakan prof ke sana”


Tindakan kecil yang memberi kesan besar kepada penerimanya. Terima kasih Ain!


Saya pernah menulis, bila kita membuka pintu, lihatlah ke belakang, mungkin ada orang yang memerlukan bantuan. Berilah laluan kepada mereka terlebih dahulu”.


Mungkin ada mereka yang membawa anak-anak kecil, ibu yang mengandung atau orang tua yang memerlukan bantuan. Alahai… tidak kira sesiapa pun di belakang kita, bukalah pintu untuk menyukakan hati mereka. Ia melatih diri sendiri.


Kadangkala kita tidak menyukai apa yang dilakukan oleh orang lain. Lalu kita memberitahu, “saya tidak suka kamu melakukan perkara ini”. Ia tidak dinyatakan kenapa, apa sebabnya dan di mana buktinya. Ia boleh menyebabkan orang berkerut dahi bertanya-tanya kenapa. Ia tidak melahirkan senyuman di bibir.


Menerima teguran itu pahit tetapi teguran yang disampaikan dengan cara yang betul sangat manis. Ia boleh menyukakan hati penerima.


Misalnya, malam semalam tiga JK Masjid berkunjung ke rumah Mak. Sukarnya mereka ingin menyatakan tujuan kedatangan. Cakapnya sangat berlapik. Akhirnya, dengan patah-patah penuh sopan mereka menyatakan ada perbezaan penyata kewangan Masjid yang tidak dapat diselaraskan.


“Berapa?,” tanya saya.


“RM986.oo”


“OK, kita jelaskan,” saya membuat keputusan tanpa mahu membuat semakan. Saya gembira dan teruja dengan tutur kata yang disampaikan oleh mereka.


Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua, di dunia dan akhirat


dari sini

Sunday, April 24, 2011

cinta dan tuhan

kalau tuhan, kita kenali kasih sayang dan perananNya
kalau tuhan, kita fahami keagungan dan kekuasaanNya
kalau tuhan, kita rasakan betapa Dia sangat cintakan hambaNya

kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya

kalaulah tuhan itu di kenali....

cintailah tuhan, Dia adalah segalanya
korbankanlah apa sahaja keranaNya

cintakan tuhan, cinta paling mahal
cintakan selain tuhan, cinta murahan

kalau tuhan, kita kenali
Dialah segala galaNya

kalau tuhan, kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita

kalaulah kita faham
tuhan ini siapa sebenarnya

kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
kita sanggup buat apa saja demi cinta padaNya
kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya

mawaddah: kenalilah tuhan

Friday, April 22, 2011

hati si tikus

Seekor tikus yang bersahabat dengan seorang ahli sihir hidup dalam ketakutan di sebuah rumah besar..Apa tidaknye, die selalu dikejar oleh seekor kucing yang saangat besar peliharaan tuan rumahnya. Tidak tahan dengan penderitaannya, si tikus menemui ahli sihir..
tolong ubah diriku menjadi seekor kucing yang lebih besar daripada kucing di rumah ini. Aku sudah tidak tahan lagi.

Ahli sihir itupun menukar si tikus menjadi seekor kucing seperti yang dipintanya..

Setelah menjadi kucing besar, si tikus terus mengejar kucing yang mengejarnya dahulu. Kucing rumah lari lintang pukang dibuatnya. Si tikus berjalan penuh bangga. Rumah itu seolah-olah dikuasainya. Tidak lama kemudian si tikus yang berubah menjadi kucing itupun keluar dari rumah. Dia ingin berjalan-jalan di halaman rumah hinggalah ketepi jalan raya.

Sebaik tiba di tepi jalan, datang seekor anjing mengejarnya. Si tikus yang menjadi kucing itu terkejut dan kecut. Dia bertempiaran lari menyelamatkan diri...

Tolong....tolong...tolong aku wahai sahabatku tukang ahli sihir. Ubahkan aku menjadi anjing garang yang lebih besar...

Tanpa membuang masa, ahli sihir menggunakan kuasa sihirnya dengan menukar sitikus dari seekor kucing manjadi seekor anjing yang besaaar.

Sebaik menajdi anjing besar, si tikus terus melompat keluar ke halaman rumah dan dikejarnya anjing yang mengejarnya dulu..Oleh kerana badannya yang lebih besar, anjing itu pun lari. Sekarang si tikus yang menjelma menjadi anjing itu semakin bangga.

Dia melompat, menyalak dan berlari-lari di tepi jalan hingga ke seberang jalan.

Rupa-rupanya di seberang jalan ada sekumpulan budak nakal.Melihat anjing menyalak dan melompat-lompat, mereka jadi marah.Dengan lastik yang ada di tangan, mereka melastik anjing itu. Batu-batu yang mengenai badan, kaki dan kepala si tikus itu sangat menyakitkan. Si tikyus yang menjadi anjing besar itu lari menyelamatkan diri..jeng3. agak2 die jumpe sape??

MESTILAH tukang ahli sihir tukan? sebab???
sebab nak ditukarkan kepada manusia pulak..

"tolong...tolong...matilah aku kali ini!"
"mengapa?"
"aku dilastik oleh budak nakal. Tolong tukarkan aku menjadi...."


"tak payah," pantas ahli sihir.
"kenapa?" tanya tikus kehairanan..
"aku boleh mnukarkan kau menjadi apa jua yang kau pinta, Tetapi semua itu ridak ada gunanya, selagi......"

"selagi apa?"

"Selagi hatimu tetap hati tikus. Hati yang pengecut.."

p/s : perubahan hanye dapat dilakukan bila hati telah berubah. Misalnya, ramai orang merasakan dirinya boleh menjadi seorang yang pemurah apabila menjadi kaya. Tetapi setelah kaya pelbagai alasan diberikan untuk tidak membantu orang lain, Hakikatnya, orang kaya sekalipun kalau hatinya masih bakhil dia tidak akan membantu orang lain. Sifat pemurah bukan ditentukan oleh banyak atau sedikit hartanya, tetapi oleh hati yang pemurah!

Thursday, April 21, 2011

ini sifat sayang Allah

"barangsiapa datang dengan (membawa) kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu, dan barang siapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang orang yang telah mengerjakan kejahatan itu hanya di beri balasan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan."

al qasas: 84

jangan jangan jangan

mana la adik adik akak semua ni yer?

rumah ini, cetusan ideanya dari kalian.
jangan abaikan.
jangan mengharap pada yang lain.
jangan lupa, ia juga amanah.

rumah ini bukan untuk kalian mendapat sesuatu daripada orang lain. tapi untuk kalian memberi kepada yang lain. atau kalian sudah lupa tujuan asalnya?

Saturday, April 9, 2011

futur

Dengan namaMu Allah, aku bermula. akak tahu adik adik akak penat. penat buat kerja persatuan. penat nak kejar akademik. penat layan perasaan diri sendiri. penat layan karenah ahli. penat layan perangai kawan kawan. akak juga sekarang dalam fatrah futur. mahu jatuh. mungkin sudah tersungkur. entahlah. cuma akak teringat cara Allah kuatkan nabi bila pendorong, penyokong, isteri dan bapa saudara yang paling di sayanginya meninggal dunia. Allah jadikan peristiwa israk mikraj bukan? apa yang rasulullah saw buat bila tiba di masjidil aqsa? nabi imamkan para nabi yang lain. kan? nabi tengah down, tengah sedih, tengah futur time tuh kan? tapi Allah takdirkan nabi yang mengetuai para nabi. apa ibrahnya? tengah sedih, tak larat, lemah, jangan duduk sorang sorang. cari kawan. kawan yang baik. dan cara kuatkan diri, kuatkan diri untuk kuatkan orang lain. walau lemah macam mana pun nabi, dia kuatkan diri dia untuk jadi ketua dalam solat. ingat senang ke? susah... kita lemah, nak kuatkan orang lain. tapi itulah caranya. cubalah.