Tuesday, August 9, 2011

pengajaran dari seorang musafir~

dengan nama ALLLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG

alhamdulillah, mula2 nk minta maaf sbb x dpt dtg time iftar SC. maafla, kerana keadaan badan yang tidak mengizinkan..musafir baru pulang dari perantauan, kembali dari rumahNya yang penuh a'zim.

first time melihat rumahNya, hanya Dia sahaja yang tahu betapa bergolak hati, meraung akan kekerdilan diri. lain perasaan melihat gambar dan melihat dengan mata kepala sendiri. seindah gambar, indah lagi rupanya..

KAABAH~ siangnya nampak GAH, malamnya nampak SEJUK mata memandang..

pengajaran yang dapat disana, untuk dikongsi kepada ahli SCku..

1. Sentiasa HUSNUZON dengan ALLAH

pengajaran ini dapat dari seorang akk dari Kaherah. betapa tinggi husnuzonnya kpda Sang Pencipta, hanya Allah sahaja yang tahu. 2 kali buat umrah dengannya, betapa Allah menyayangi hamba ini..Dia permudahkan umrah kami sehingga diri berasa sangat seronok buat umrah dengannya. Husnuzonnya kepada manusia juga sangat tinggi. pernah kami pergi ke toilet tanpa beritahu kpada kumpulan dan musyrif..(cerita lanjut bleh tnya lala )..kemudian, kami pun memulakan umrah sendiri setelah yakin kumpulan tidak tunggu kami..akhir pusingan tawaf, terserempak dengan ahli kumpulan.
husnuzonnya kepada allah shingga dia mampu berkata

"semua yang berlaku bukan salah sesiapa. Allah dah tentukan. jangan salahkan diri" 

terkedu dan terpegun mendengar ucapannya..sekaligus memadamkan perasaan bersalah dalam hati.

2. Adab kepada Rasulullah s.a.w sentiasa dan perlu dijaga.

Nak masuk ke Raudah, berjumpa dengan kekasihNya, sangatlah susah. pertama kali masuk, berasak-asakan bersama2 arab, egyptian, dan hamba2 Allah yang teruja berjumpa dengan Rasulullah. Asak-asakan sehingga kami yang kecil2 ditolak, dihimpit, umpama nasi himpit. dalam hati, teringat pesanan ustaz Nazrul..
 
   1. jangan bertolak2. nabi nampak umatnya.
   2. tundukkan pandangan, tanda kita malu akan berhadapan dengan Rasulullah
   
malu, menangis malu sebab Rasulullah nampak diri ini berasak-asakan, ditolak, dihimpit oleh umatnya yang lain. Akhirnya, mengambil keputusan untuk masuk bersama2 jemaah Asia yang lain, walaupun lambat setelah mendapat nasihat dari seorang hamba allah.

"nak berjumpa dengan orang hebat, terutamanya Rasulullah, memang perlukan kesabaran yang tinggi. doa banyak2, selawat banyak2..nabi tahu ja kita rindu akan Baginda." 

berkat keasabaran, Allah permudahkan segalanya. jadi, adab dengan nabi memang perlu dijaga. Teringat cerita ustaz Azrul ketika di Hudaibiyah..Saidina Ali karamallahuwajhah sanggup tidak memadam nama Nabi, disebabkan Ali malu dan segan untuk memadamnya, kerana baginya, perbuatan itu tidak beradab dengan Nabi, sehingga nabi sendiri memadam namanya, ketika menulis perjanjian Hudaibiyah.

3. Kesabaran bukan boleh didapati dengan mudah.

Memang menduga keimanan dan kesabaran seseorang di Tanah Haram. Pelbagai perangai yang boleh dilihat. Kesabaran yang tinngi memang diperlukan.

4. Mekah dan Madinah mulai hilang keserian sirahnya, menonjol seri pelancongannya.

Mekah dan Madinah sendiri mengiakan hadis nabi. (cerita panjang sangat, lain halaqah, akan diceritakan)

     Akhir kalam, banyak lagi pengajaran2 yang boleh didapati sepanjang permusafiran dalam menjadi tetamuNya. tidak semudah dan seindah mimpi, perlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi. doakan musafir yang baru pulang ini kuat dalam mengekalkan apa yang ia pelajari di sana. musafir ini mendoakan agar tahun depan kita suma, satu SC, dapat menjadi tetamuNya. doa banyak2 dan sentiasalah HUSNUZON dengan Allah.~~

amin ya rabb~