Tuesday, August 9, 2011
pengajaran dari seorang musafir~
Thursday, July 21, 2011
Thursday, July 14, 2011
360 darjah
bismillah..walhamdulillah…
Tuesday, April 26, 2011
menyukakan hati
akak ada jumpa satu blog sangat menarik. adik adik pun boleh ambil sesuatu dari sini~!
Saya menerima rawatan dengan seorang doktor.
Ketika memeriksa saya, beliau mendapat panggilan yang kelihatan perlu disegerakan untuk menjawabnya. Ia panggilan yang salah. Saya terdengar beliau berkata:
“Tuhan tidak menjadikan panggilan ini tanpa sebab. Saya gembira dapat bercakap dengan tuan. Saya doakan tuan selamat”.
“Bagus PR Doktor,” komen spontan.
Beliau tersenyum dan memberi jawapan, “jika kita dapat menyukakan hati orang, seorang sehari pun sudah memadai untuk melatih diri kita sendiri menjadi manusia yang lebih baik.
Sekali-sekala, cuba lakukan ini, bila sampai di tol yang tidak mahal harganya, misalnya RM1, bayarkan kepada kereta yang di belakang kita. Lihat betapa seronoknya mereka.
Saya suka lakukan begitu di hadapan anak-anak bagi menunjukkan bagaimana mudahnya untuk menggembirakan hati orang lain. Ia suka-suka sahaja”.
Dengan sedikit senyuman, kita boleh menyukakan hati orang. Tidaklah terlalu sukar.
Petang semalam saya berada di PWTC. Singgah sekejap untuk melihat lokasi dan suasana bilik Johor, tempat pelancaran buku 50 tips Motivasi Haji dan Travelog Impian Abadi. Lalu saya ternampak kedai Pink Ain Maisara.
“Ain di mana booth PTS?”
“Biar Ain bawakan prof ke sana”
Tindakan kecil yang memberi kesan besar kepada penerimanya. Terima kasih Ain!
Saya pernah menulis, bila kita membuka pintu, lihatlah ke belakang, mungkin ada orang yang memerlukan bantuan. Berilah laluan kepada mereka terlebih dahulu”.
Mungkin ada mereka yang membawa anak-anak kecil, ibu yang mengandung atau orang tua yang memerlukan bantuan. Alahai… tidak kira sesiapa pun di belakang kita, bukalah pintu untuk menyukakan hati mereka. Ia melatih diri sendiri.
Kadangkala kita tidak menyukai apa yang dilakukan oleh orang lain. Lalu kita memberitahu, “saya tidak suka kamu melakukan perkara ini”. Ia tidak dinyatakan kenapa, apa sebabnya dan di mana buktinya. Ia boleh menyebabkan orang berkerut dahi bertanya-tanya kenapa. Ia tidak melahirkan senyuman di bibir.
Menerima teguran itu pahit tetapi teguran yang disampaikan dengan cara yang betul sangat manis. Ia boleh menyukakan hati penerima.
Misalnya, malam semalam tiga JK Masjid berkunjung ke rumah Mak. Sukarnya mereka ingin menyatakan tujuan kedatangan. Cakapnya sangat berlapik. Akhirnya, dengan patah-patah penuh sopan mereka menyatakan ada perbezaan penyata kewangan Masjid yang tidak dapat diselaraskan.
“Berapa?,” tanya saya.
“RM986.oo”
“OK, kita jelaskan,” saya membuat keputusan tanpa mahu membuat semakan. Saya gembira dan teruja dengan tutur kata yang disampaikan oleh mereka.
Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua, di dunia dan akhirat
Sunday, April 24, 2011
cinta dan tuhan
kalau tuhan, kita fahami keagungan dan kekuasaanNya
kalau tuhan, kita rasakan betapa Dia sangat cintakan hambaNya
kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya
kalaulah tuhan itu di kenali....
cintailah tuhan, Dia adalah segalanya
korbankanlah apa sahaja keranaNya
cintakan tuhan, cinta paling mahal
cintakan selain tuhan, cinta murahan
kalau tuhan, kita kenali
Dialah segala galaNya
kalau tuhan, kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita
kalaulah kita faham
tuhan ini siapa sebenarnya
kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
kita sanggup buat apa saja demi cinta padaNya
kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya
mawaddah: kenalilah tuhan
Friday, April 22, 2011
hati si tikus
tolong ubah diriku menjadi seekor kucing yang lebih besar daripada kucing di rumah ini. Aku sudah tidak tahan lagi.
Ahli sihir itupun menukar si tikus menjadi seekor kucing seperti yang dipintanya..
Setelah menjadi kucing besar, si tikus terus mengejar kucing yang mengejarnya dahulu. Kucing rumah lari lintang pukang dibuatnya. Si tikus berjalan penuh bangga. Rumah itu seolah-olah dikuasainya. Tidak lama kemudian si tikus yang berubah menjadi kucing itupun keluar dari rumah. Dia ingin berjalan-jalan di halaman rumah hinggalah ketepi jalan raya.
Sebaik tiba di tepi jalan, datang seekor anjing mengejarnya. Si tikus yang menjadi kucing itu terkejut dan kecut. Dia bertempiaran lari menyelamatkan diri...
Tolong....tolong...tolong aku wahai sahabatku tukang ahli sihir. Ubahkan aku menjadi anjing garang yang lebih besar...
Tanpa membuang masa, ahli sihir menggunakan kuasa sihirnya dengan menukar sitikus dari seekor kucing manjadi seekor anjing yang besaaar.
Sebaik menajdi anjing besar, si tikus terus melompat keluar ke halaman rumah dan dikejarnya anjing yang mengejarnya dulu..Oleh kerana badannya yang lebih besar, anjing itu pun lari. Sekarang si tikus yang menjelma menjadi anjing itu semakin bangga.
Dia melompat, menyalak dan berlari-lari di tepi jalan hingga ke seberang jalan.
Rupa-rupanya di seberang jalan ada sekumpulan budak nakal.Melihat anjing menyalak dan melompat-lompat, mereka jadi marah.Dengan lastik yang ada di tangan, mereka melastik anjing itu. Batu-batu yang mengenai badan, kaki dan kepala si tikus itu sangat menyakitkan. Si tikyus yang menjadi anjing besar itu lari menyelamatkan diri..jeng3. agak2 die jumpe sape??
MESTILAH tukang ahli sihir tukan? sebab???
sebab nak ditukarkan kepada manusia pulak..
"tolong...tolong...matilah aku kali ini!"
"mengapa?"
"aku dilastik oleh budak nakal. Tolong tukarkan aku menjadi...."
"tak payah," pantas ahli sihir.
"kenapa?" tanya tikus kehairanan..
"aku boleh mnukarkan kau menjadi apa jua yang kau pinta, Tetapi semua itu ridak ada gunanya, selagi......"
"selagi apa?"
"Selagi hatimu tetap hati tikus. Hati yang pengecut.."
p/s : perubahan hanye dapat dilakukan bila hati telah berubah. Misalnya, ramai orang merasakan dirinya boleh menjadi seorang yang pemurah apabila menjadi kaya. Tetapi setelah kaya pelbagai alasan diberikan untuk tidak membantu orang lain, Hakikatnya, orang kaya sekalipun kalau hatinya masih bakhil dia tidak akan membantu orang lain. Sifat pemurah bukan ditentukan oleh banyak atau sedikit hartanya, tetapi oleh hati yang pemurah!
Thursday, April 21, 2011
ini sifat sayang Allah
al qasas: 84
jangan jangan jangan
rumah ini, cetusan ideanya dari kalian.
jangan abaikan.
jangan mengharap pada yang lain.
jangan lupa, ia juga amanah.
rumah ini bukan untuk kalian mendapat sesuatu daripada orang lain. tapi untuk kalian memberi kepada yang lain. atau kalian sudah lupa tujuan asalnya?
Saturday, April 16, 2011
Saturday, April 9, 2011
futur
Wednesday, March 30, 2011
kebebasan bersuara
Tuesday, March 29, 2011
hari ini
Saturday, March 26, 2011
bertaqwalah~!
untuk permulaannya, akak mohon maaf pada adik adik kerana akak nak gunakan rumah ini untuk tujuan peribadi. kerana rumah akak yang satu itu di tutup selepas akak merasakan rumah itu terlalu terbuka.
adik akak di german punya masalah sehingga mungkin dia perlu kembali ke malaysia menyambung pelajaran.
tidak tahu mana mahu di tuju, tidak tahu pada siapa mahu di harap
akhirnya Allah, tuhan itu juga yang kita cari.
kan?
untuk adik aku, sofwan
aku tidak tahu apa yang mahu di katakan. serius. aku hilang kata kata
hanya dengan titisan air mata ini, aku katakan padamu
jadilah orang yang bertakwa.
jadilah orang yang bertakwa.takwa. takwa.
"dan sesiapa yang berTAQWA kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan di jadikan baginya JALAN KELUAR ( dari segala perkara yang menyusahkannya). serta memberinya REZEKI dari jalan yang tidak terlintas hatinya. dan ingatlah, sesiapa BERSERAH DIRI BULAT BULAT kepada Allah, maka Allah CUKUPkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. dan Allah TELAHPUN MENETAPKAN KADAR dan MASA bagi tiap tiap sesuatu."
at talaq: 2,3
tiada lain
untuk janji janji Dia ini, syarat Dia hanya satu
BERTAQWALAH~!
Monday, March 14, 2011
Sahabat
Make new friends
But keep the old
One is sliver and the other gold
Pesan Alqamah dalam mencari seorang sahabat :
1 )Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu.
2 )Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3 )Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu.
4 )Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik.
5 )Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu , ia akan menghargai dan menyebutnya.
6 )Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu , dia akan menutupnya.
7 )Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya , ia akan mengusahakan.
8 )Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu.
9 )Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan merengankan kesusahanmu.
10 )Jika engkau berkata padanya , nescaya ia akan membenarkanmu.
11 )Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantumu.
12 )Jika antaramu berselisih faham , dia rela mengalah demi kepentingan sebuah persahabatan.
Sunday, March 13, 2011
Thursday, March 10, 2011
ghuraba' dan ganjil
sabda rasulullah sallahualaihiwassallam
"islam itu bermula dalam keadaan ganjil, dan ia akan kembali ganjil sebagaimana ia bermula. maka beruntunglah mereka yang ganjil."
baginda di tanya,
"siapakah mereka yang ganjil itu ya rasulullah?"
jawab baginda,
"mereka itu adalah orang yang melakukan ISLAH ketika FASADnya manusia"
solat
1: umur suda 23. baru nak belajar RASA solat? Allah...
2: kata nabi, "hal pertama yang dihilangkan dari umat ini adalah khusyuk, sehingga dalam masjid tidak di jumpai orang yang khusyuk solatnya"
3: kata nabi lagi, " kebahagiaan hatiku tercipta di dalam solat". Allah, patutlah aku ini tidak bahagia...
[meRASAkan kehilangan nikmat solat yang telah bertahun tahun berlalu tanpa rasa apapun]
-quote
Wednesday, March 9, 2011
mati dia begitu, mati kita bagaimana?
1. adik akak cerita tentang sahabat lamanya di UTP dulu yang meninggal dunia dalam kemalangan. katanya, baeek budak itu. boleh baca berita di sini
2. sekarang, memang trend allah ambil orang baik dulu kan? tinggal kat dunia ni orang orang macam kita.
3. kata allah, "aku buat mati dan hidup ni, untuk tengok mana satu antara kamu yang baik amalannya."
miracle
1. just because we can't explain miracles doesn't mean that they don't occur
2. miracles occur all the time but we normally just call it luck
3. the truth is, everything we observe is miraculous, from the latest technological advances to the extravagant bounty of apples that grow from a single seed. when your finger is cut and the body begins healing itself, it is miracle
4. yet, as soon as these miracles become common to our experience, we stop seeing them as miracles.
5. and we take it for granted right?
from HOW TO LIVE FOR CHANGE, and CHANGE FOR LIFE- john gray
quote from code blue 2: there are no miracles in the world of lifesaving. i know that. and there is no doctor who doesn't hope for miracles. i know that too.
Saturday, February 26, 2011
ukhwah itu indah
ALHAMDULILLAH..segalanya sudah selamat sampai ke pangkuan keluarga yang tercinta..berkat kerjasama semua, alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, semuanya dapat diselesaikan dengan selamatnya..pulangnya para penuntut ilmu di bumi anbiya' ke bumi Malaysia bukan bermakna perjuangan mencari ilmu berhenti. bagiku, ianya umpama terhenti seketika. Allah sudah susun cantik akan kepulangan kita.
ada hikmah di sebalik segalanya..berlakunya REVOLUSI MESIR dalam menumbangkan HM telah menyebabkan terhenti seketika proses pembelajaran. namun, cuba fikir sejenak..dalam proses evacuasi pelajar malaysia, semua memberi kerjasama. tidak mengira ia dari negeri mana, persatuan mana, bidang pengajian apa, mahupun dia tahun berapa, asalkan dia pelajar Malaysia, semuanya memberi kerjasama, dengan harapan semuanya settel secepat mungkin.
kebimbangan ibu bapa di Malaysia makin menggunung, umpama Gunung Kinabalu. makin menggunung kebimbangan, makin meruncing keadaan. pantas kerajaan mengorak langkah. OPS PIRAMID berlaku. mengegerak pelajar ke Jeddah.
selama seminggu di Jeddah, banyak perkara yang telah saya belajar. walaupun agak memboringkan pada mulanya, keadaan di Madiantul Hujjah umpama berada di sesebuah kem. seronok melihat gelagat pelajar perubatan mahupun pengajian islam. semuanya berganding bahu memastikan OPS PIRAMID berjaya. di bilik gerakan umpama dilanda ombak dek lambakan data- data pelajar baru sampai yang perlu di'database'kan. tampil para pelajar menghulurkan tangan, membantu para sukarelawan badan NGO dan bukan NGO membantu menyelaraskan database.
lambakan barangan derma, wakaf dan sumbangan dari pelbagai pihak menyebabkan keadaan huru-hara. tampil beberapa ikhwah mahupun akhwat membantu membahagi-bahagikan barangan kepada yang memerlukan.
risau akan kawan-kawan yang masih berada di Mesir, tampil beberapa pelajar mengendalikan program solat hajat dan bacaan yassin, mendoakan agar kawan-kawan di Mesir selamat.
melihat akan kawan- kawan yang keboringan, muncul team-team futsal, main di lapangan malam- malam. melepaskan tension, boring dan merapatkan ukhwah.
bagiku, sepanjang proses Evakuasi berlaku, banyak pengalaman yang bernilai dapat dikutip. Madinatul Hujjah, ARMA, bangunan MARA, umpama tempat REUNION PELAJAR MALAYSIA MESIR. ukhawah terpaut, kerjasama berlaku. pengorbanan dilakukan, kejayaan dikecapi bersama.
cuba semua renungkan..tanpa kerjasama, adakah kita mampu berada di tempat kita sekarang?
Friday, February 11, 2011
update please~
okeh...memandangkan majoriti semuanya sudah sampai malaysia dan tiada apa yang perlu di buat melainkan menelaah buku untuk exam, jadi, di bawah adalah tugasan yang korang kena update kat rumah ni...
apa dia?
ceritakan kisah antunna berkenaan tugas yang akak kasi selepas sc gabungan kita hari tu
kalau lupa,meh akak ingatkan
ia berkaitan "ego"
p/s 1:kalau antunna nak ceritakan tentang sc gabungan kita hari tu pon bleh jugak:)
Wednesday, January 26, 2011
tik~ tok~
tik~~~tok~~~(bunyi detik jam)
lagi berapa hari lagi kita akan menghadapi MID?
tanta dah lama masuk dalam fatrah exam..cuma ke'hangat'annya baru dirasai sekarang..
jangan ralik buang masa suma! ayuh kita study..
tp, jangan study sampai terlupa tanggungjawab kita..
antara event yang akan kita lakukan..
p/s: kita buat yang terbaik! laksanakan apa yang patut..
best regards:
Monday, January 24, 2011
untuk kalian
Monday, January 17, 2011
Mengapa Orang Yahudi Bijak?
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, si ibu, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak.
Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. tentang pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Menu mereka pula ialah, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah…. (tekalah sendiri..!)
Di tadika pula, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Dibandingkan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh dikatakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut kajian, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara mereka.
Selanjutnya, ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, sebab itulah hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gene bodoh akan mengikuti generasi si perokok. Di Singapura(pada tahun 2005), amat memeranjatkan sekali, disana perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok. Lihat sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Hurmmm... Di Mesir pula..? Anda fikirlah sendiri.
Semoga kita dapat melahirkan umat Islam yang bijak dan bersifat mulia. Bukan kita ingin mengikut jejak Yahudi...tetapi fikir-fikirkanlah situasi umat Islam pada zaman sekarang ini...pemikiran telahpun dijajah...Islam hanya pada nama semata-mata...apakah resolusi yang patut kita capai???..tindakan kita???mulakanlah dengan diri kita...dan orang2 di sekeliling kita...
renung2 kan lah...
Friday, January 14, 2011
ADAKAH KITA ORG YG PALING SIBUK??
Tuesday, January 11, 2011
selamat pulang~~~ usrahku makin besar~
bahagianya dapat pulang ke mesia..itulah antara nikmat yang besar pada insan2 yang menetap di luar negara..
klu yang dlam negara, certain student cm x sabar nak blek ke U, kami plak x sabar nak jejak kaki ke mesia semula, pulang ke pangkuan family tercinta..itulah salah satu nikmat yang Allah berikan, iaitu nikmat FAMILY..
usrahku makin besar~
usrah kami menerima kedatangan saudara kami..amalin~
amalin, harap ukhwah terus dibina,
sekebal batu bata dalam membina sebuah bangunan Islamiah..
harap suma enjoy and kita MUMTAZ sama2 tahun ni~~insyaAllah..
BITTAUFIQ WANNAJAH suma~
Friday, January 7, 2011
-permulaan makhluk asing-
akhirnya rumah ini terbina juga. setelah sekian lama tertangguh.
rumah ini di bina, ada tujuannya. ada matlamatnya. tema GHURABA' yang di pilih juga ada signifikan. kata kata di bawahnya juga punya asal. malah address rumah kami ada cerita di sebaliknya. saya mahu adik adik saya yang mengkhabarkannya untuk semua.
rumah ini insyaallah akan menjadi salah satu medan untuk kami memberi dan berkongsi dengan semua. moga ianya di nilai Allah sebagai pahala.
doakan kami istiqamah dalam memberi.
dan tolong doakan khusus untuk saya menghadapi end round exam minggu ini. serius cuak~!
p/s 1:yang len bila nak munculkan diri? akak dah~~~~=P
Thursday, January 6, 2011
terkesima~
lama x berjumpa, lama x berhubung..
baru2 ni masa balek summer, ingin benar hati ini berjumpa dengannya..namun Allah x mengizinkan..sekadar sempat berjumpa dgn ibunya sahaja..hamba Allah ini benar2 sibuk dgn urusannya..
masa mula2 habis upsr, kami sma2 nak ke SMKA..alhamdulillah, dia dapat tawaran sambung blajar ke SMKA BALING..sementara saya, ditakdirkan masuk ke SMKBad..
x pe..suma itu ad hikmah di sebaliknya..
selepas beberapa tahun x contact..akhirnya fb jugak tmpat ak menyambung kembali ukhwah dengannya.
terkesima dgn perubahan sahabiah ak..
dari tomboy ke bertudung labuh..
dari percakapan ak hang..ke ana enta..
dari suka lepuk kepala ke bersalam- salaman..
dari suka 'hoi' ke 'assalamualaikum'
dari pakaian rugged ke pakaian manis mata memandang..
terkesima melihat perubahan beliau..
ter'reflex' diri seketika..
adakah ak setaraf dengannya?
adakah iman ak setaraf dengnnya?
adakah usrah ak setaraf dengannya?
semuanya menjadi persoalan..
kembali muhasabah diri..
terima kasih adilah,
sbb adilah, ak kembali menapak~
harap keluarga sc ak memimpin ak kembali..
bersama2 dgn sahabiah tanta yang sememangnya x akn dapt diganti...
p/s: jgn lupa presentation sc mengenai tokoh islam suma..kita wat gempak2 tau~~
Wednesday, January 5, 2011
Cukup geng..
keluarga sc~
keluarga SC kami ad 2 org EXCO PCT 10/11
Monday, January 3, 2011
selamat maju jaya
kak Aishah Safien,
serta semua bakal mahasiswa mahupun mahasisiwi Tanta,
yang bakal menghadapi dugaan
cabaran,
keperitan,
kesusahan,
mahupun kemalasan...
moga kakak- kakak suma terus melangkah jauh
sambil membimbing tangan kami....
kepada kak aishah, kak ain alyaa, kak amal syairah, kak husna sani, kak huda sani, kak ummul hani, kak noi, kak ja, kak fadzilah, kak wani, kak nawal serta suma pelajar tahun 5, moga berjaya dalam exam pediatric end round..
GANBATTE KUDASAI!!!
p/S : kak aishah, saya bersemangat menunggu da next sc~...
dari, icchan~~