Saturday, February 26, 2011

ukhwah itu indah

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..


ALHAMDULILLAH..segalanya sudah selamat sampai ke pangkuan keluarga yang tercinta..berkat kerjasama semua, alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, semuanya dapat diselesaikan dengan selamatnya..pulangnya para penuntut ilmu di bumi anbiya' ke bumi Malaysia bukan bermakna perjuangan mencari ilmu berhenti. bagiku, ianya umpama terhenti seketika. Allah sudah susun cantik akan kepulangan kita.

ada hikmah di sebalik segalanya..berlakunya REVOLUSI MESIR dalam menumbangkan HM telah menyebabkan terhenti seketika proses pembelajaran. namun, cuba fikir sejenak..dalam proses evacuasi pelajar malaysia, semua memberi kerjasama. tidak mengira ia dari negeri mana, persatuan mana, bidang pengajian apa, mahupun dia tahun berapa, asalkan dia pelajar Malaysia, semuanya memberi kerjasama, dengan harapan semuanya settel secepat mungkin.

kebimbangan ibu bapa di Malaysia makin menggunung, umpama Gunung Kinabalu. makin menggunung kebimbangan, makin meruncing keadaan. pantas kerajaan mengorak langkah. OPS PIRAMID berlaku. mengegerak pelajar ke Jeddah.

selama seminggu di Jeddah, banyak perkara yang telah saya belajar. walaupun agak memboringkan pada mulanya, keadaan di Madiantul Hujjah umpama berada di sesebuah kem. seronok melihat gelagat pelajar perubatan mahupun pengajian islam. semuanya berganding bahu memastikan OPS PIRAMID berjaya. di bilik gerakan umpama dilanda ombak dek lambakan data- data pelajar baru sampai yang perlu di'database'kan. tampil para pelajar menghulurkan tangan, membantu para sukarelawan badan NGO dan bukan NGO membantu menyelaraskan database.

lambakan barangan derma, wakaf dan sumbangan dari pelbagai pihak menyebabkan keadaan huru-hara. tampil beberapa ikhwah mahupun akhwat membantu membahagi-bahagikan barangan kepada yang memerlukan.

risau akan kawan-kawan yang masih berada di Mesir, tampil beberapa pelajar mengendalikan program solat hajat dan bacaan yassin, mendoakan agar kawan-kawan di Mesir selamat.

melihat akan kawan- kawan yang keboringan, muncul team-team futsal, main di lapangan malam- malam. melepaskan tension, boring dan merapatkan ukhwah.

bagiku, sepanjang proses Evakuasi berlaku, banyak pengalaman yang bernilai dapat dikutip. Madinatul Hujjah, ARMA, bangunan MARA, umpama tempat REUNION PELAJAR MALAYSIA MESIR. ukhawah terpaut, kerjasama berlaku. pengorbanan dilakukan, kejayaan dikecapi bersama.

cuba semua renungkan..tanpa kerjasama, adakah kita mampu berada di tempat kita sekarang?

Allah itu cantik, ukhwah itu indah
segalanya yang berlaku ada HikmahNya..

p/s: sangat rindukan suasana sc..kekeringan idea dalam mempost blog..maaf~~



Friday, February 11, 2011

update please~

salam untuk adik adik akak semua

okeh...memandangkan majoriti semuanya sudah sampai malaysia dan tiada apa yang perlu di buat melainkan menelaah buku untuk exam, jadi, di bawah adalah tugasan yang korang kena update kat rumah ni...

apa dia?

ceritakan kisah antunna berkenaan tugas yang akak kasi selepas sc gabungan kita hari tu
kalau lupa,meh akak ingatkan

ia berkaitan "ego"

p/s 1:kalau antunna nak ceritakan tentang sc gabungan kita hari tu pon bleh jugak:)

Wednesday, January 26, 2011

tik~ tok~

  dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

tik~~~tok~~~(bunyi detik jam)
lagi berapa hari lagi kita akan menghadapi MID?
tanta dah lama masuk dalam fatrah exam..cuma ke'hangat'annya baru dirasai sekarang..
jangan ralik buang masa suma! ayuh kita study..
tp, jangan study sampai terlupa tanggungjawab kita..

antara event yang akan kita lakukan..

1. SC gabungan besar-besaran.
    lokasi: bait izzah
masa: pagi sampai tengahari
peserta: kita dan adik- adik sc kita!

p/s: kita buat yang terbaik! laksanakan apa yang patut..

2. slide presentation

p/s: jangan dilupakan tau suma! 27hb kena siap. hantar pada kak aishah..


best regards:



Monday, January 24, 2011

untuk kalian


Dengan namaMu Allah, aku bermula
untuk adik adik akak
moga Allah permudahkan urusan kalian
urusan peperiksaan dunia dan akhirat kalian
moga ada antara amal kebajikan kalian yang menjadi asbab kepada pertolongan Allah
moga di berikan ketenangan dan kekuatan dalam apa jua kondisi kalian
jangan lupa doakan sesama kita.
ukhti
ana uhibbukum lillahi taala~

Monday, January 17, 2011

Mengapa Orang Yahudi Bijak?

Apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Hurmmm...

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, si ibu, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak.
math

Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. tentang pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Menu mereka pula ialah, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah…. (tekalah sendiri..!)

Di tadika pula, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Dibandingkan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh dikatakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut kajian, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara mereka.

Selanjutnya, ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, sebab itulah hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gene bodoh akan mengikuti generasi si perokok. Di Singapura(pada tahun 2005), amat memeranjatkan sekali, disana perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok. Lihat sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Hurmmm... Di Mesir pula..? Anda fikirlah sendiri.

Semoga kita dapat melahirkan umat Islam yang bijak dan bersifat mulia. Bukan kita ingin mengikut jejak Yahudi...tetapi fikir-fikirkanlah situasi umat Islam pada zaman sekarang ini...pemikiran telahpun dijajah...Islam hanya pada nama semata-mata...apakah resolusi yang patut kita capai???..tindakan kita???mulakanlah dengan diri kita...dan orang2 di sekeliling kita...

renung2 kan lah...

Friday, January 14, 2011

ADAKAH KITA ORG YG PALING SIBUK??

Bismillah..Assalamualaikum..

Alhamdulillah3x.. kite selamat berhimpun sesama keluarga SC kiter ptg td di BAIT IZZAH.. Moge2 pertemuan kiter td mndapat rahmat serta berkat dari NYA.. insyaAllah…

Arini same2 kite tilawah AQ, page 537 - 542…(surah Al-Hadid & al-Mujaadilah)..
Dan blh dikatakn tema/tajuk SC kali ni “ADAKAH KITA ORG YG PALING SIBUK??”hehee..

Bz sgt ker kite sbg AJK kecil nk dibandingkn dgn EXCO??.. bz sgt ker kiter sbg EXCO nk c0mpare kan ngn PENGERUSI?? err.. dan seterusnyer..

mgkin kadang2 kita cepat d0wn..yelaaa.. kite bz wt kerja2 persatuan tp 0rg laen blh study, tgk m0vie, sh0ping, jln2…… **adeihh..=P

Diharapkan dgn tayangan beberapa m0vie yg KAK AISYAH kasi tgk td dpt menaikkan smgt kite utk korban kn masa, tenaga dan segalanya utkISLAM..insyaAllah..
-tak nak ker kiter same2 merasai KEMENANGAN yg dijanjikan Allah utk ISLAM nnt??
-tak nak ker kiter same2 menjadi tenaga yg berusaha ke arah kemenangan itu??
**huhuu.. aura ceramah da dtg nih..=p ada jgk penuh blog nih nt ngn ceramahku..

k, sy nk akhiri rep0rt SC sy ngn sebuah hadith…

“barangsiapa yang melazimi istighfar, maka Allah akan menjadikan setiap kesedihannya itu kegembiraan, setiap kesempitannya itu kelapangan(kesenangan) dan mmberi rezeki dari sumber yang tak dijangka kepadanya..”

Hanya Allah dan kite jer yg tau d0sa2 yg telah kite lakukan.. S0, jom same2 kita bertaubat kpd Allah atas segala d0sa yg kite lakukan.. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat..

sekian, wallahua’lam..

p/s: jgn lupe.. hantar p0wer p0int sblm 27/1 dan tugas “EGO” tu yer!!! =p

Tuesday, January 11, 2011

selamat pulang~~~ usrahku makin besar~

dengan nama ALLAH yang maha PENGASIH lagi maha PENYANYANG..

selamat pulang pada musfirah...selamat sampai ke mesia..harap nnti makan nasik minyak tu, jgnlah lupakan kami kat sini~

mus akan pulang ke mesia esok, 12hb sempena menyambut perkahwinan kakaknya..huhu~
bahagianya dapat pulang ke mesia..itulah antara nikmat yang besar pada insan2 yang menetap di luar negara..
klu yang dlam negara, certain student cm x sabar nak blek ke U, kami plak x sabar nak jejak kaki ke mesia semula, pulang ke pangkuan family tercinta..itulah salah satu nikmat yang Allah berikan, iaitu nikmat FAMILY..


family atau keluarga atau usrah...
keluarga bermaksud...satu kumpulan manusia yang mempunyai pertalian darah hasil perkahwinan laki2 dan perempuan melalui ikatan yang sah..
keluarga juga merupakan tempat mengadu masalah, tempat menimba ilmu fardu ain, fardu kifayah, ilmu hidup, mahupun ilmu akademik, tempat berkongsi suka dan duka,
tempat kita selesaikan masalah dan banyak lagi..
boleh kata family adalah one stop center untuk kita suma..



usrahku makin besar~
usrah kami menerima kedatangan saudara kami..amalin~
amalin, harap ukhwah terus dibina,
sekebal batu bata dalam membina sebuah bangunan Islamiah..


pada mus, selamat pulang..jgn lupakan jajan ak tau~~ngehe 
pada amalin, selamat datang skali lagi..


kami suma akan menduduki mid exam pada 13hb 2 nnti..doakan kami suma~~
p/s: sbgai BOOSTER UP OUR SPIRIT..credits to BIRO AKADEMIK PERUBATAN...
harap suma enjoy and kita MUMTAZ sama2 tahun ni~~insyaAllah..

BITTAUFIQ WANNAJAH suma~

Daisypath Friendship tickers