Saturday, February 26, 2011

ukhwah itu indah

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..


ALHAMDULILLAH..segalanya sudah selamat sampai ke pangkuan keluarga yang tercinta..berkat kerjasama semua, alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, semuanya dapat diselesaikan dengan selamatnya..pulangnya para penuntut ilmu di bumi anbiya' ke bumi Malaysia bukan bermakna perjuangan mencari ilmu berhenti. bagiku, ianya umpama terhenti seketika. Allah sudah susun cantik akan kepulangan kita.

ada hikmah di sebalik segalanya..berlakunya REVOLUSI MESIR dalam menumbangkan HM telah menyebabkan terhenti seketika proses pembelajaran. namun, cuba fikir sejenak..dalam proses evacuasi pelajar malaysia, semua memberi kerjasama. tidak mengira ia dari negeri mana, persatuan mana, bidang pengajian apa, mahupun dia tahun berapa, asalkan dia pelajar Malaysia, semuanya memberi kerjasama, dengan harapan semuanya settel secepat mungkin.

kebimbangan ibu bapa di Malaysia makin menggunung, umpama Gunung Kinabalu. makin menggunung kebimbangan, makin meruncing keadaan. pantas kerajaan mengorak langkah. OPS PIRAMID berlaku. mengegerak pelajar ke Jeddah.

selama seminggu di Jeddah, banyak perkara yang telah saya belajar. walaupun agak memboringkan pada mulanya, keadaan di Madiantul Hujjah umpama berada di sesebuah kem. seronok melihat gelagat pelajar perubatan mahupun pengajian islam. semuanya berganding bahu memastikan OPS PIRAMID berjaya. di bilik gerakan umpama dilanda ombak dek lambakan data- data pelajar baru sampai yang perlu di'database'kan. tampil para pelajar menghulurkan tangan, membantu para sukarelawan badan NGO dan bukan NGO membantu menyelaraskan database.

lambakan barangan derma, wakaf dan sumbangan dari pelbagai pihak menyebabkan keadaan huru-hara. tampil beberapa ikhwah mahupun akhwat membantu membahagi-bahagikan barangan kepada yang memerlukan.

risau akan kawan-kawan yang masih berada di Mesir, tampil beberapa pelajar mengendalikan program solat hajat dan bacaan yassin, mendoakan agar kawan-kawan di Mesir selamat.

melihat akan kawan- kawan yang keboringan, muncul team-team futsal, main di lapangan malam- malam. melepaskan tension, boring dan merapatkan ukhwah.

bagiku, sepanjang proses Evakuasi berlaku, banyak pengalaman yang bernilai dapat dikutip. Madinatul Hujjah, ARMA, bangunan MARA, umpama tempat REUNION PELAJAR MALAYSIA MESIR. ukhawah terpaut, kerjasama berlaku. pengorbanan dilakukan, kejayaan dikecapi bersama.

cuba semua renungkan..tanpa kerjasama, adakah kita mampu berada di tempat kita sekarang?

Allah itu cantik, ukhwah itu indah
segalanya yang berlaku ada HikmahNya..

p/s: sangat rindukan suasana sc..kekeringan idea dalam mempost blog..maaf~~



No comments:

Post a Comment