Wednesday, September 30, 2015

Habuk

Sunyi sepi laman ini.

Bagaimanakah khabarnya sayang2 yang lain? :')

Tuesday, August 9, 2011

pengajaran dari seorang musafir~

dengan nama ALLLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG

alhamdulillah, mula2 nk minta maaf sbb x dpt dtg time iftar SC. maafla, kerana keadaan badan yang tidak mengizinkan..musafir baru pulang dari perantauan, kembali dari rumahNya yang penuh a'zim.

first time melihat rumahNya, hanya Dia sahaja yang tahu betapa bergolak hati, meraung akan kekerdilan diri. lain perasaan melihat gambar dan melihat dengan mata kepala sendiri. seindah gambar, indah lagi rupanya..

KAABAH~ siangnya nampak GAH, malamnya nampak SEJUK mata memandang..

pengajaran yang dapat disana, untuk dikongsi kepada ahli SCku..

1. Sentiasa HUSNUZON dengan ALLAH

pengajaran ini dapat dari seorang akk dari Kaherah. betapa tinggi husnuzonnya kpda Sang Pencipta, hanya Allah sahaja yang tahu. 2 kali buat umrah dengannya, betapa Allah menyayangi hamba ini..Dia permudahkan umrah kami sehingga diri berasa sangat seronok buat umrah dengannya. Husnuzonnya kepada manusia juga sangat tinggi. pernah kami pergi ke toilet tanpa beritahu kpada kumpulan dan musyrif..(cerita lanjut bleh tnya lala )..kemudian, kami pun memulakan umrah sendiri setelah yakin kumpulan tidak tunggu kami..akhir pusingan tawaf, terserempak dengan ahli kumpulan.
husnuzonnya kepada allah shingga dia mampu berkata

"semua yang berlaku bukan salah sesiapa. Allah dah tentukan. jangan salahkan diri" 

terkedu dan terpegun mendengar ucapannya..sekaligus memadamkan perasaan bersalah dalam hati.

2. Adab kepada Rasulullah s.a.w sentiasa dan perlu dijaga.

Nak masuk ke Raudah, berjumpa dengan kekasihNya, sangatlah susah. pertama kali masuk, berasak-asakan bersama2 arab, egyptian, dan hamba2 Allah yang teruja berjumpa dengan Rasulullah. Asak-asakan sehingga kami yang kecil2 ditolak, dihimpit, umpama nasi himpit. dalam hati, teringat pesanan ustaz Nazrul..
 
   1. jangan bertolak2. nabi nampak umatnya.
   2. tundukkan pandangan, tanda kita malu akan berhadapan dengan Rasulullah
   
malu, menangis malu sebab Rasulullah nampak diri ini berasak-asakan, ditolak, dihimpit oleh umatnya yang lain. Akhirnya, mengambil keputusan untuk masuk bersama2 jemaah Asia yang lain, walaupun lambat setelah mendapat nasihat dari seorang hamba allah.

"nak berjumpa dengan orang hebat, terutamanya Rasulullah, memang perlukan kesabaran yang tinggi. doa banyak2, selawat banyak2..nabi tahu ja kita rindu akan Baginda." 

berkat keasabaran, Allah permudahkan segalanya. jadi, adab dengan nabi memang perlu dijaga. Teringat cerita ustaz Azrul ketika di Hudaibiyah..Saidina Ali karamallahuwajhah sanggup tidak memadam nama Nabi, disebabkan Ali malu dan segan untuk memadamnya, kerana baginya, perbuatan itu tidak beradab dengan Nabi, sehingga nabi sendiri memadam namanya, ketika menulis perjanjian Hudaibiyah.

3. Kesabaran bukan boleh didapati dengan mudah.

Memang menduga keimanan dan kesabaran seseorang di Tanah Haram. Pelbagai perangai yang boleh dilihat. Kesabaran yang tinngi memang diperlukan.

4. Mekah dan Madinah mulai hilang keserian sirahnya, menonjol seri pelancongannya.

Mekah dan Madinah sendiri mengiakan hadis nabi. (cerita panjang sangat, lain halaqah, akan diceritakan)

     Akhir kalam, banyak lagi pengajaran2 yang boleh didapati sepanjang permusafiran dalam menjadi tetamuNya. tidak semudah dan seindah mimpi, perlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi. doakan musafir yang baru pulang ini kuat dalam mengekalkan apa yang ia pelajari di sana. musafir ini mendoakan agar tahun depan kita suma, satu SC, dapat menjadi tetamuNya. doa banyak2 dan sentiasalah HUSNUZON dengan Allah.~~

amin ya rabb~




Thursday, July 21, 2011

Thursday, July 14, 2011

360 darjah


bismillah..walhamdulillah…
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad..
ASSALAMUALAIKUM…

Tiba2 i rase nak conteng blog nih..
1st n f0rmost..nak cakap renduuuuu sangat kat korang n ‘bulatan kacak’ kite!! huhuu..

nk share sumthing…. *_*
Ini sebuah kisah se0rg sahabat….sahabat yang sangat2 rapat.. NUR (bukan nme sebenar)

p/s: maaf yer.. xpandai nak mengarang snanyer,.. hehe.. ambik yg mane baik jer taw!

Nur seorang muslimah yang agak sejuk mata memandang. Tudung laboh, berjubah… muslimah sejati la kire. Tetapi.., sebelum Nur dapat menikmat kemanisan hidayah itu dan sebelum Nur dapat merasai keindahan hidup mengikut syariatNYA, Nur juga pernah berada dalam dunia yang penuh kegelapan.. Pergaulan yang sangat2 bebas, pakaian tak mengikut syariat Islam, even s0lat dan puasa p0n tak tentu dapat dilakukannya.. AQ??? xtaw la kenal huruf ke tak… Nak dipendekkan cerita, dulu Nur bukanlah seorang muslimah seperti yang dikenali sekarang…(Alhamdulillah)


pada suatu petang…

mama : Nur, nur teringin tak nak belajar Al-Quran?

Nur : eh, kenape mama? tiba2 jer tnya ni?

mama : xde, mama ingat nk masukkan nur blajar kt skolah ‘X’.. skolah ni ada silibus AQ..

Nur : Nur ikot jer mama.. =)


Beberapa minggu kemudian..Nur didaftarkn ke sekolah X tersebut.. Nur agak sedih sbb terpaksa berpisah dgn kawan ‘sekegelapan’nya dan mulakan hidup baru disekolah asrama penuh itu..

Hari pertama disana, Nur TERKEJUT GILERrr sbb smua student skolah tu pakai tudung laboh.. Nur xpernah terfikir p0n psl tudung lab0h sbb Nur memang free hair..(rambut kalis api!!)

alaa..chill la babe, ikot kepala sendiri sudah..” Nur cuba tenangkn diri sndiri.

Nur dengan unif0rm skolah yang tudung mmg xcuk0p inchi tu melangkah masuk ke dewan utama skolah utk progrem orientasi.. "Errrr…da macam artis da aku nih… asal smua nk pandang??

“eh..tengok tuh.. minah KL mne la tuh?”

“ha’ah..bajet h0t la tuh”

“perghhh…tud0ng xleh lab0h lagi ker???”

“astaghfirullah al-‘azim…"

hehe..tu la antara dialog2 ‘manis’ yg dilemparkan dekat Nur….(kesian)

Nur tetap x hiraukan kate2 mereka yang kurang matang itu dan terus ambil tempat duduk.. Nur membuka fail orientasinya dan membaca hand0ut2 yg disediakan tu satu per satu..
terbeliak mata Nur bila nampak ayat nih…

'SETIAP PELAJAR WAJIB MENGHAFAL 1 MUKA SURAT AQ SEHARI'
“what the h**L???”, jerit Nur dalam hati.. “aku nak hafal Quran?? mmg x laa”, sambung Nur lagi.

Ahhaaa.. sebenarnya, skolah Nur ni skolah tahfiz dan blaja jugak subjek2 SPM n PMR mcm skolah2 asrama penuh yang lain.. tambah subjek2 agama(in arabic) dan hafaz AQ.. Memang sangat2 berat la bagi Nur yang xde basic arab and basic agama utk bawak smua ni.. Aigoo...

Tamat jer p0grem hari tu, Nur terus berlari ke publicph0ne dan call mama….

"mamaaaaaaaa!!!!!!!! Nur kne hafal AQ ker kt cni??? Nur igt blajar bace AQ jer.. canne nk hafal klo bace p0n tak tahu.. nak balik!!!!!”

"Nur, sebelum hafal Ustaz, ustazah mesti la ajar dulu bacaan yg betul. Nur kene sabar la sikit yer. Mama harap kat Nur jer untuk ubah backgr0und family kite. Nak harap kat akk n abang2 Nur, d0rg da besar..dah susah nk dengar ckp mama nih.. Mama yakin Nur boleh.. nanti, Nur da blaja agama n AQ kat sana…boleh Nur ajar mama n adik2 kat umah time2 cuti..”

"Maafkan mama sbb x ajar Nur AQ dan agama dr kecik dulu.."

aih..sayu nyer suara mama Nur… memberi semangat dengan penuh harapan kpd Nur….

“k mama..Nur cuba”, jawab Nur, sekadar menyedapkan hati mama. hakikatnyer???


sebulan berlalu….

Setiap minggu Nur dirotan kerana gagal utk tasmi’ hafazan 1 muka sehari. Ramai antara kawan2 Nur yang sudah hampir masuk juz dua. yang dah juz dua pun ada.. Nur??? masih di awal juz satu…. Tapi, Nur langsung tak kesah.. Dah, memang dia tak bajet untuk hafal Quran.. Dan takde langsung tergerak dalam hati Nur utk berubah. Nur tetap dengan perangai lamanya yang nakal, suke ponteng kelas, buat kesalahan disiplin…tambahan pula skolah ni dilarang berinteraksi dengan ‘banin’.. Huh, apa yang dilarang tu la Nur lagi sy0k utk buat..

Haih..ape la nk jadi ngan Nur nih………(pendekkan cter,sbb penat nk type) =p



Pada suatu malam, Nur terjaga.. Jam baru menunjukkan pukul 2 pagi, hari jumaat.. Nur cuba untuk lelapkan mata kembali tetapi gagal. Kemudian, Nur terus ke tandas dan berwuduk. WHATTT?? NUR BERWUDUK TENGAH2 MALAM?? ha’aa...Dan buat kali pertamanya Nur bersujud kpd-NYA di sepertiga malam.. (1st time Qiam)~ Nur seperti tidak sedar dengan pergerakannya itu..Namun, dia teruskan langkahnya itu.. mengadap qiblat dan….

"ALLAHU AKBAR..”

Baru shj membaca bismillah, air mata Nur terus membasahi pipi. Air mata yang mengalir itu seperti tidak mampu berhenti. Dan diakhir sujudnya…dengan penuh kusyuk dan malu Nur berd0a…

"Ya Allah…aku memohon ampun dariMu ya Allah… aku tahu…dosaku padaMu menggunung tinggi ya Allah..terlalu banyak maksiat aku lakukan sebelum ini..sekadar airmata tak mampu membasuhi d0sa2 ini Ya Allah.. ya Allah…ya Rahman…ya Rahim… Aku mohon kasihsayang dan rahmat dariMu Ya Allah…"

Inilah detik bermulanya perubahan 360 darjah yang berlaku pada diri Nur.. Tidak pernah terlintas difikiran Nur yang dia akan rasai perasaan yang amat ganjil ini.. Perasaan yang penuh dgn kegembiraan…perasaan yang penuh dengan ketenangan… dan saat ini juga baru Nur sedar…Allah amat menyayangi dirinya…

“Hamdan wa syukran ‘alaika Ya Allah…”


nantikan sambunga kisah NUR…..




Tuesday, April 26, 2011

menyukakan hati

akak ada jumpa satu blog sangat menarik. adik adik pun boleh ambil sesuatu dari sini~!


Saya menerima rawatan dengan seorang doktor.



Ketika memeriksa saya, beliau mendapat panggilan yang kelihatan perlu disegerakan untuk menjawabnya. Ia panggilan yang salah. Saya terdengar beliau berkata:


“Tuhan tidak menjadikan panggilan ini tanpa sebab. Saya gembira dapat bercakap dengan tuan. Saya doakan tuan selamat”.


“Bagus PR Doktor,” komen spontan.


Beliau tersenyum dan memberi jawapan, “jika kita dapat menyukakan hati orang, seorang sehari pun sudah memadai untuk melatih diri kita sendiri menjadi manusia yang lebih baik.


Sekali-sekala, cuba lakukan ini, bila sampai di tol yang tidak mahal harganya, misalnya RM1, bayarkan kepada kereta yang di belakang kita. Lihat betapa seronoknya mereka.


Saya suka lakukan begitu di hadapan anak-anak bagi menunjukkan bagaimana mudahnya untuk menggembirakan hati orang lain. Ia suka-suka sahaja”.


Dengan sedikit senyuman, kita boleh menyukakan hati orang. Tidaklah terlalu sukar.


Petang semalam saya berada di PWTC. Singgah sekejap untuk melihat lokasi dan suasana bilik Johor, tempat pelancaran buku 50 tips Motivasi Haji dan Travelog Impian Abadi. Lalu saya ternampak kedai Pink Ain Maisara.


“Ain di mana booth PTS?”


“Biar Ain bawakan prof ke sana”


Tindakan kecil yang memberi kesan besar kepada penerimanya. Terima kasih Ain!


Saya pernah menulis, bila kita membuka pintu, lihatlah ke belakang, mungkin ada orang yang memerlukan bantuan. Berilah laluan kepada mereka terlebih dahulu”.


Mungkin ada mereka yang membawa anak-anak kecil, ibu yang mengandung atau orang tua yang memerlukan bantuan. Alahai… tidak kira sesiapa pun di belakang kita, bukalah pintu untuk menyukakan hati mereka. Ia melatih diri sendiri.


Kadangkala kita tidak menyukai apa yang dilakukan oleh orang lain. Lalu kita memberitahu, “saya tidak suka kamu melakukan perkara ini”. Ia tidak dinyatakan kenapa, apa sebabnya dan di mana buktinya. Ia boleh menyebabkan orang berkerut dahi bertanya-tanya kenapa. Ia tidak melahirkan senyuman di bibir.


Menerima teguran itu pahit tetapi teguran yang disampaikan dengan cara yang betul sangat manis. Ia boleh menyukakan hati penerima.


Misalnya, malam semalam tiga JK Masjid berkunjung ke rumah Mak. Sukarnya mereka ingin menyatakan tujuan kedatangan. Cakapnya sangat berlapik. Akhirnya, dengan patah-patah penuh sopan mereka menyatakan ada perbezaan penyata kewangan Masjid yang tidak dapat diselaraskan.


“Berapa?,” tanya saya.


“RM986.oo”


“OK, kita jelaskan,” saya membuat keputusan tanpa mahu membuat semakan. Saya gembira dan teruja dengan tutur kata yang disampaikan oleh mereka.


Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua, di dunia dan akhirat


dari sini

Sunday, April 24, 2011

cinta dan tuhan

kalau tuhan, kita kenali kasih sayang dan perananNya
kalau tuhan, kita fahami keagungan dan kekuasaanNya
kalau tuhan, kita rasakan betapa Dia sangat cintakan hambaNya

kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya

kalaulah tuhan itu di kenali....

cintailah tuhan, Dia adalah segalanya
korbankanlah apa sahaja keranaNya

cintakan tuhan, cinta paling mahal
cintakan selain tuhan, cinta murahan

kalau tuhan, kita kenali
Dialah segala galaNya

kalau tuhan, kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita

kalaulah kita faham
tuhan ini siapa sebenarnya

kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
kita sanggup buat apa saja demi cinta padaNya
kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya

mawaddah: kenalilah tuhan

Friday, April 22, 2011

hati si tikus

Seekor tikus yang bersahabat dengan seorang ahli sihir hidup dalam ketakutan di sebuah rumah besar..Apa tidaknye, die selalu dikejar oleh seekor kucing yang saangat besar peliharaan tuan rumahnya. Tidak tahan dengan penderitaannya, si tikus menemui ahli sihir..
tolong ubah diriku menjadi seekor kucing yang lebih besar daripada kucing di rumah ini. Aku sudah tidak tahan lagi.

Ahli sihir itupun menukar si tikus menjadi seekor kucing seperti yang dipintanya..

Setelah menjadi kucing besar, si tikus terus mengejar kucing yang mengejarnya dahulu. Kucing rumah lari lintang pukang dibuatnya. Si tikus berjalan penuh bangga. Rumah itu seolah-olah dikuasainya. Tidak lama kemudian si tikus yang berubah menjadi kucing itupun keluar dari rumah. Dia ingin berjalan-jalan di halaman rumah hinggalah ketepi jalan raya.

Sebaik tiba di tepi jalan, datang seekor anjing mengejarnya. Si tikus yang menjadi kucing itu terkejut dan kecut. Dia bertempiaran lari menyelamatkan diri...

Tolong....tolong...tolong aku wahai sahabatku tukang ahli sihir. Ubahkan aku menjadi anjing garang yang lebih besar...

Tanpa membuang masa, ahli sihir menggunakan kuasa sihirnya dengan menukar sitikus dari seekor kucing manjadi seekor anjing yang besaaar.

Sebaik menajdi anjing besar, si tikus terus melompat keluar ke halaman rumah dan dikejarnya anjing yang mengejarnya dulu..Oleh kerana badannya yang lebih besar, anjing itu pun lari. Sekarang si tikus yang menjelma menjadi anjing itu semakin bangga.

Dia melompat, menyalak dan berlari-lari di tepi jalan hingga ke seberang jalan.

Rupa-rupanya di seberang jalan ada sekumpulan budak nakal.Melihat anjing menyalak dan melompat-lompat, mereka jadi marah.Dengan lastik yang ada di tangan, mereka melastik anjing itu. Batu-batu yang mengenai badan, kaki dan kepala si tikus itu sangat menyakitkan. Si tikyus yang menjadi anjing besar itu lari menyelamatkan diri..jeng3. agak2 die jumpe sape??

MESTILAH tukang ahli sihir tukan? sebab???
sebab nak ditukarkan kepada manusia pulak..

"tolong...tolong...matilah aku kali ini!"
"mengapa?"
"aku dilastik oleh budak nakal. Tolong tukarkan aku menjadi...."


"tak payah," pantas ahli sihir.
"kenapa?" tanya tikus kehairanan..
"aku boleh mnukarkan kau menjadi apa jua yang kau pinta, Tetapi semua itu ridak ada gunanya, selagi......"

"selagi apa?"

"Selagi hatimu tetap hati tikus. Hati yang pengecut.."

p/s : perubahan hanye dapat dilakukan bila hati telah berubah. Misalnya, ramai orang merasakan dirinya boleh menjadi seorang yang pemurah apabila menjadi kaya. Tetapi setelah kaya pelbagai alasan diberikan untuk tidak membantu orang lain, Hakikatnya, orang kaya sekalipun kalau hatinya masih bakhil dia tidak akan membantu orang lain. Sifat pemurah bukan ditentukan oleh banyak atau sedikit hartanya, tetapi oleh hati yang pemurah!