Saturday, March 26, 2011

bertaqwalah~!

Dengan namaMu Allah, aku bermula

untuk permulaannya, akak mohon maaf pada adik adik kerana akak nak gunakan rumah ini untuk tujuan peribadi. kerana rumah akak yang satu itu di tutup selepas akak merasakan rumah itu terlalu terbuka.

adik akak di german punya masalah sehingga mungkin dia perlu kembali ke malaysia menyambung pelajaran.

tidak tahu mana mahu di tuju, tidak tahu pada siapa mahu di harap
akhirnya Allah, tuhan itu juga yang kita cari.
kan?
untuk adik aku, sofwan
aku tidak tahu apa yang mahu di katakan. serius. aku hilang kata kata
hanya dengan titisan air mata ini, aku katakan padamu

jadilah orang yang bertakwa.
jadilah orang yang bertakwa.takwa. takwa.


"dan sesiapa yang berTAQWA kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan di jadikan baginya JALAN KELUAR ( dari segala perkara yang menyusahkannya). serta memberinya REZEKI dari jalan yang tidak terlintas hatinya. dan ingatlah, sesiapa BERSERAH DIRI BULAT BULAT kepada Allah, maka Allah CUKUPkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. dan Allah TELAHPUN MENETAPKAN KADAR dan MASA bagi tiap tiap sesuatu."


at talaq: 2,3

tiada lain
untuk janji janji Dia ini, syarat Dia hanya satu

BERTAQWALAH~!

No comments:

Post a Comment