Sunday, April 24, 2011

cinta dan tuhan

kalau tuhan, kita kenali kasih sayang dan perananNya
kalau tuhan, kita fahami keagungan dan kekuasaanNya
kalau tuhan, kita rasakan betapa Dia sangat cintakan hambaNya

kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya

kalaulah tuhan itu di kenali....

cintailah tuhan, Dia adalah segalanya
korbankanlah apa sahaja keranaNya

cintakan tuhan, cinta paling mahal
cintakan selain tuhan, cinta murahan

kalau tuhan, kita kenali
Dialah segala galaNya

kalau tuhan, kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita

kalaulah kita faham
tuhan ini siapa sebenarnya

kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
kita sanggup buat apa saja demi cinta padaNya
kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya

mawaddah: kenalilah tuhan

No comments:

Post a Comment