Tuesday, April 26, 2011

menyukakan hati

akak ada jumpa satu blog sangat menarik. adik adik pun boleh ambil sesuatu dari sini~!


Saya menerima rawatan dengan seorang doktor.



Ketika memeriksa saya, beliau mendapat panggilan yang kelihatan perlu disegerakan untuk menjawabnya. Ia panggilan yang salah. Saya terdengar beliau berkata:


“Tuhan tidak menjadikan panggilan ini tanpa sebab. Saya gembira dapat bercakap dengan tuan. Saya doakan tuan selamat”.


“Bagus PR Doktor,” komen spontan.


Beliau tersenyum dan memberi jawapan, “jika kita dapat menyukakan hati orang, seorang sehari pun sudah memadai untuk melatih diri kita sendiri menjadi manusia yang lebih baik.


Sekali-sekala, cuba lakukan ini, bila sampai di tol yang tidak mahal harganya, misalnya RM1, bayarkan kepada kereta yang di belakang kita. Lihat betapa seronoknya mereka.


Saya suka lakukan begitu di hadapan anak-anak bagi menunjukkan bagaimana mudahnya untuk menggembirakan hati orang lain. Ia suka-suka sahaja”.


Dengan sedikit senyuman, kita boleh menyukakan hati orang. Tidaklah terlalu sukar.


Petang semalam saya berada di PWTC. Singgah sekejap untuk melihat lokasi dan suasana bilik Johor, tempat pelancaran buku 50 tips Motivasi Haji dan Travelog Impian Abadi. Lalu saya ternampak kedai Pink Ain Maisara.


“Ain di mana booth PTS?”


“Biar Ain bawakan prof ke sana”


Tindakan kecil yang memberi kesan besar kepada penerimanya. Terima kasih Ain!


Saya pernah menulis, bila kita membuka pintu, lihatlah ke belakang, mungkin ada orang yang memerlukan bantuan. Berilah laluan kepada mereka terlebih dahulu”.


Mungkin ada mereka yang membawa anak-anak kecil, ibu yang mengandung atau orang tua yang memerlukan bantuan. Alahai… tidak kira sesiapa pun di belakang kita, bukalah pintu untuk menyukakan hati mereka. Ia melatih diri sendiri.


Kadangkala kita tidak menyukai apa yang dilakukan oleh orang lain. Lalu kita memberitahu, “saya tidak suka kamu melakukan perkara ini”. Ia tidak dinyatakan kenapa, apa sebabnya dan di mana buktinya. Ia boleh menyebabkan orang berkerut dahi bertanya-tanya kenapa. Ia tidak melahirkan senyuman di bibir.


Menerima teguran itu pahit tetapi teguran yang disampaikan dengan cara yang betul sangat manis. Ia boleh menyukakan hati penerima.


Misalnya, malam semalam tiga JK Masjid berkunjung ke rumah Mak. Sukarnya mereka ingin menyatakan tujuan kedatangan. Cakapnya sangat berlapik. Akhirnya, dengan patah-patah penuh sopan mereka menyatakan ada perbezaan penyata kewangan Masjid yang tidak dapat diselaraskan.


“Berapa?,” tanya saya.


“RM986.oo”


“OK, kita jelaskan,” saya membuat keputusan tanpa mahu membuat semakan. Saya gembira dan teruja dengan tutur kata yang disampaikan oleh mereka.


Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua, di dunia dan akhirat


dari sini

No comments:

Post a Comment