Saturday, April 9, 2011

futur

Dengan namaMu Allah, aku bermula. akak tahu adik adik akak penat. penat buat kerja persatuan. penat nak kejar akademik. penat layan perasaan diri sendiri. penat layan karenah ahli. penat layan perangai kawan kawan. akak juga sekarang dalam fatrah futur. mahu jatuh. mungkin sudah tersungkur. entahlah. cuma akak teringat cara Allah kuatkan nabi bila pendorong, penyokong, isteri dan bapa saudara yang paling di sayanginya meninggal dunia. Allah jadikan peristiwa israk mikraj bukan? apa yang rasulullah saw buat bila tiba di masjidil aqsa? nabi imamkan para nabi yang lain. kan? nabi tengah down, tengah sedih, tengah futur time tuh kan? tapi Allah takdirkan nabi yang mengetuai para nabi. apa ibrahnya? tengah sedih, tak larat, lemah, jangan duduk sorang sorang. cari kawan. kawan yang baik. dan cara kuatkan diri, kuatkan diri untuk kuatkan orang lain. walau lemah macam mana pun nabi, dia kuatkan diri dia untuk jadi ketua dalam solat. ingat senang ke? susah... kita lemah, nak kuatkan orang lain. tapi itulah caranya. cubalah.

1 comment: